Kelas Membuat Resume

10 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

9 Julai 2023 – Kelas Membuat Resume telah diadakan di PEDi Linggi untuk mengajar 2 orang peserta yang baru tamat belajar untuk tujuan memohon pekerjaan. Melalui kelas ini, peserta dapat belajar mengenai cara membuat resume mengikut format yang betul, formal dan berkesan. Selain itu, kelas ini dapat melatih kemahiran peserta di dalam penggunaan Microsoft Word.

Antara yang diajar ialah, Menerangkan ciri-ciri resume yang bagus, Menunjukkan contoh-contoh resume yang boleh diikuti dan yang mudah di cari di internet, Menaip maklumat di dalam resume mengikut format yang betul, Mengambil gambar dan cara memasukkan gambar ke dalam dokumen.

Kelas ini berlansung dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang dan diajar oleh Pengurus PEDi Linggi, Puan Norhafidah Mokhtar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali